Wednesday, April 19, 2017

ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

copy dari wasap
Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah disaat solat.. seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.
Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:
"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."
■ Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.
■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."
■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".
Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."
■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".
Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."
■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”
■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”
Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Jika post ini bermanfaat sila dikongsikan, sampaikan walau satu ayat.
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
Didoakan anda yg baca 'post' ini dimurahkan rezeki, berjaya di dunia & akhirat.
Aamin Ya Rabbal 'Alamin..

DAH BERSARANG...

hai... selepas 4 tahun baru nak jenguk...

tah kenapa semalam tetiba teringatkan blog ni...

dah bersarang... hahahaha

serabut sebenarnya....

banyak yang nak difikirkan sampai banyak pula yang ditinggalkan... sampai bersarang...

kata hati.. masih ada... banyak dan bersarang dalam dada...

cuma nak tulis atau tidak...

risau pula diiringi air mata... heheheh...

semakin tua ni.. jadi sensitif... tambah-tambah dengan yang bersarang dalam dada ni...

tak pelaaa...

mulai hari ni.. akan cuba update.. mungkin... hehehehe... cuba clearkan sarang-sarang dalam dada ni terutamanya...

Thursday, September 19, 2013

HERO

Sekarang ni sibuk nak jadi hero. Ke hulu ke hilir mula mencanang jasa....

Ye la kan.... kalau x canang macam mana nak kenal.

Tapi dengan memburukkan orang lain tidak menjadikan mereka dipandang tinggi...


Wednesday, July 17, 2013

Naik naik naik

Harga ayam naik
Harga rumah tinggi
Harga tanah tak pernah turun
Dan segala-galanya semakin mahal....

Rata-rata memberikan komen... SALAHKAN KERAJAAN....
Betul.. memang dalam sesetengah perkara, kerajaan perlu mengawal keadaan ekonomi negara kerana kepentingan rakyat, namun, ekonomi dikuasai oleh para peniaga.

Kadang-kadang, pernahkah kita terfikir....
Berbelanja dengan keupayaan sendiri....

Sebagai contoh.... rata-rata rakyat sekarang mengejar teknologi terkini
Handphone bertukar ganti demi mengejar yang terbaru .... tapi kalau dilihat dari segi kegunaannya
Masih tetap sama...

Kereta... menelan air liur bila melihat model-model kereta terbaru...
Bukan main mahal harganya.... namun, kegunaannya masih tetap sama
Dengan alasan...NAK SEDAP PAKAI....

Kenapa?
Kereta kancil tak sedap pakai?
Tak boleh bawa ke destinasi?
Buat apa dengan harga mahal sedangkan kita masih menanggung
pelbagai harga mahal bagi barangan ganti?

Pada aku, ye.. akan beli kereta baru, tapi untuk kemudahan
Menyenangkan dan mengenangkan ramai yang boleh NAIK BERSAMA

TEPUK DADA TANYA SELERA....

Sunday, June 23, 2013

JEREBU

emmm jerebu sekarang ni. Supermoon pun berdarah dengan keadaan ini....

di Muar dan Ledang sudah diisytiharkan darurat bila bacaan IPU melepasi 750. Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Kuantan pula diarahkan menutup sesi persekolahan kerana bimbang dengan kesihatan pelajar-pelajar.

walaupun kawasan aku tidak seteruk kawasan lain, namun masih lagi terkena tempiasnya... aku... hahah bukan apa.. aku dah kena asma... x pasal-pasal keadaan ni menyebabkan paru-paruku meragam lak... hemm nasib baik tak teruk...

macam mana ye... keadaan mcm ni dah dikira teruk tetapi orang yang menghisap rokok mendapat manfaat dari keadaan ini..... x faham? hahah ok.. aku jelaskan.. org yang menghisap rokok tu dah tentu membakar rokok tu untuk dapatkan asapnya... so, jerebu ni dari asap pembakaran hutan di Indonesia.. sama x keadaannya? mungkin keadaan jerebu ni menyebabkan penghisap rokok mengurangkan jumlah rokok yang dihisap? nope.. i don't think so... hahahha langsung tak dihiraukannya....

yang merana... orang disekeliling... termasuk aku.. hehhehehe... dan yang menghidap asma yang lain... sabar je laaa... semoga hujan turun secepat mungkin memandangkan kerajaan sudah mengambil inisiatif dengan menabur benih awan.... hujan sekejap pun jadi lah kan...

Wednesday, April 17, 2013

RINDU PADANYA

emmmm memang amat rindu... walaupun dia tidak lagi menjadi keutamaan

rindu tu masih berbekam....

masih mengharap kehadirannya....

tapi tah kenapa dua tiga nama tu masih kekal dalam hati.... luka masih ada tapi mereka tetap bertakhta

mungkin diri ini bodoh tapi apa kan daya emosi dan perasaan kadang kala tidak mampu dikawal

rasa ngilu...............

sampai bila? sedangkan yang pertama masih menyimpan rasa ngilu selama 3 tahun...


Wednesday, April 3, 2013

EMMM... RASA TENSION

rasa terbeban rasa tension dengan semua ni...

kadang-kadang je perasaan ni ada... bila sesuatu datang dalam fikiran...

masalah takkan selesai pun dengan mengeluh dan menangis tetapi sekurang-kurangnya dapat melepaskan perasaan kan kan kan....

kalau cerita kat orang selalunya akan menjadi telefon karat.. so, apa pun yang berlaku, kena tengok juga pada siapa yang kita akan sampaikan demi melepaskan rasa dalam diri

kadang-kadang apa yg kita lepaskan ini akan menyebabkan orang akan sakit hati... tapi apa nak buat... sebatang lilin hanya mempunyai sehelai sumbu sahaja dan ia tidak mampu menerangi semua kawasan

bila rasa menyampah ni akan hilang? emm iza tak sebaik orang lain.. rasa marah yang teramat tu amat sukar untuk dibuang... wpun dengan mencekik dia sampai mati... tapi semua tu tetap takkan hilang,...

aarrrggggggggggg............. rasa nak .... eemmmm susahnya nak lepaskan rasa kan....