Thursday, September 19, 2013

HERO

Sekarang ni sibuk nak jadi hero. Ke hulu ke hilir mula mencanang jasa....

Ye la kan.... kalau x canang macam mana nak kenal.

Tapi dengan memburukkan orang lain tidak menjadikan mereka dipandang tinggi...


Wednesday, July 17, 2013

Naik naik naik

Harga ayam naik
Harga rumah tinggi
Harga tanah tak pernah turun
Dan segala-galanya semakin mahal....

Rata-rata memberikan komen... SALAHKAN KERAJAAN....
Betul.. memang dalam sesetengah perkara, kerajaan perlu mengawal keadaan ekonomi negara kerana kepentingan rakyat, namun, ekonomi dikuasai oleh para peniaga.

Kadang-kadang, pernahkah kita terfikir....
Berbelanja dengan keupayaan sendiri....

Sebagai contoh.... rata-rata rakyat sekarang mengejar teknologi terkini
Handphone bertukar ganti demi mengejar yang terbaru .... tapi kalau dilihat dari segi kegunaannya
Masih tetap sama...

Kereta... menelan air liur bila melihat model-model kereta terbaru...
Bukan main mahal harganya.... namun, kegunaannya masih tetap sama
Dengan alasan...NAK SEDAP PAKAI....

Kenapa?
Kereta kancil tak sedap pakai?
Tak boleh bawa ke destinasi?
Buat apa dengan harga mahal sedangkan kita masih menanggung
pelbagai harga mahal bagi barangan ganti?

Pada aku, ye.. akan beli kereta baru, tapi untuk kemudahan
Menyenangkan dan mengenangkan ramai yang boleh NAIK BERSAMA

TEPUK DADA TANYA SELERA....

Sunday, June 23, 2013

JEREBU

emmm jerebu sekarang ni. Supermoon pun berdarah dengan keadaan ini....

di Muar dan Ledang sudah diisytiharkan darurat bila bacaan IPU melepasi 750. Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Kuantan pula diarahkan menutup sesi persekolahan kerana bimbang dengan kesihatan pelajar-pelajar.

walaupun kawasan aku tidak seteruk kawasan lain, namun masih lagi terkena tempiasnya... aku... hahah bukan apa.. aku dah kena asma... x pasal-pasal keadaan ni menyebabkan paru-paruku meragam lak... hemm nasib baik tak teruk...

macam mana ye... keadaan mcm ni dah dikira teruk tetapi orang yang menghisap rokok mendapat manfaat dari keadaan ini..... x faham? hahah ok.. aku jelaskan.. org yang menghisap rokok tu dah tentu membakar rokok tu untuk dapatkan asapnya... so, jerebu ni dari asap pembakaran hutan di Indonesia.. sama x keadaannya? mungkin keadaan jerebu ni menyebabkan penghisap rokok mengurangkan jumlah rokok yang dihisap? nope.. i don't think so... hahahha langsung tak dihiraukannya....

yang merana... orang disekeliling... termasuk aku.. hehhehehe... dan yang menghidap asma yang lain... sabar je laaa... semoga hujan turun secepat mungkin memandangkan kerajaan sudah mengambil inisiatif dengan menabur benih awan.... hujan sekejap pun jadi lah kan...

Wednesday, April 17, 2013

RINDU PADANYA

emmmm memang amat rindu... walaupun dia tidak lagi menjadi keutamaan

rindu tu masih berbekam....

masih mengharap kehadirannya....

tapi tah kenapa dua tiga nama tu masih kekal dalam hati.... luka masih ada tapi mereka tetap bertakhta

mungkin diri ini bodoh tapi apa kan daya emosi dan perasaan kadang kala tidak mampu dikawal

rasa ngilu...............

sampai bila? sedangkan yang pertama masih menyimpan rasa ngilu selama 3 tahun...


Wednesday, April 3, 2013

EMMM... RASA TENSION

rasa terbeban rasa tension dengan semua ni...

kadang-kadang je perasaan ni ada... bila sesuatu datang dalam fikiran...

masalah takkan selesai pun dengan mengeluh dan menangis tetapi sekurang-kurangnya dapat melepaskan perasaan kan kan kan....

kalau cerita kat orang selalunya akan menjadi telefon karat.. so, apa pun yang berlaku, kena tengok juga pada siapa yang kita akan sampaikan demi melepaskan rasa dalam diri

kadang-kadang apa yg kita lepaskan ini akan menyebabkan orang akan sakit hati... tapi apa nak buat... sebatang lilin hanya mempunyai sehelai sumbu sahaja dan ia tidak mampu menerangi semua kawasan

bila rasa menyampah ni akan hilang? emm iza tak sebaik orang lain.. rasa marah yang teramat tu amat sukar untuk dibuang... wpun dengan mencekik dia sampai mati... tapi semua tu tetap takkan hilang,...

aarrrggggggggggg............. rasa nak .... eemmmm susahnya nak lepaskan rasa kan....

Thursday, March 28, 2013

MATA




hai...

this is my first post for this blog....

baru je buat blog ni tadi tiba-tiba ternampak keratan akhbar ni yang dipost oleh kawan iza...

emmm.. well mata iza pun warna coklat.. walaupun xde la coklat mana pun ekekeek... 

Sebenarnya, warna mata tu adalah kebetulan sahaja... ramai mat-mat dan minah-minah salleh di barat tu warna coklat matanya... 

Rasanya John Roberts pun bermata coklat.. tetapi orang cakap dia tidak amanah :)

sila rujuk link http://canadafreepress.com/index.php/article/54131

dan iza pun pasti, negara-negara Arab pun ramai yang bermata coklat... takkan disebabkan mata je kita dah letak orang tu boleh dipercayai ataupun tidak kan?

banyak juga kes-kes yang kita tengok... orang-orang yang cantik yang menjadikan kecantikannya untuk menipu dan memeras ugut (iza tidak prejudis terhadap org cantik jangan salah faham ye)

pokok pangkal semuanya bermula dengan seketul daging di dalam badan kita iaitu hati.. baik hati tu.. maka baik lah badannya serta otaknya :)

so.. kesimpulannya... KENA BAIK LA HATI TU hehehehehhe